Friday, April 5, 2013

Artis, Politik, ISLAM dan Media di Malaysia

BISMILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM SEMUA MUSLIM,

ALLAH Maha Mengetahui di atas apa yang berlaku. Usaha dan ikhtiar apasaja untuk ALLAH dengan betul seperti digariskan dalam Quran dan Hadis tentuilah ada kebaikan nanti. Silap langkah pun ada kebaikan walaupun  mendatangkan bencana kepada manusia lain itulah ujian lagi.


Semoga dapat berjumpa lagi. InsyaALLAH. 12:25 Sabtu 6/4/2013

Saturday, December 22, 2012

HUDUD "MALAYSIA" ( KAJIAN RENGKAS PENYELESAIAN TERHADAP PERSOALAN/PERMASAALAHAN )

السلام عليكم ورحمة الله وبركته
HUDUDPAS/PKR/UMNO!

  • Walaupun saya ini bukan seorang ulama', namun sebagai anggota masyarakat  perlu bersuara untuk kebaikan semua.


FAKTOR PENTING PERLAKSANAAN HUDUD 

KARPAL(DAP) tidak setuju HUDUD kerana takut dikenakan ke atas orang bukan ISLAM sahaja "

Dari pemerhatian saya, blogger dan media cuma peralatkan golongan anti Kesucian ISLAM digunakan oleh orang (ketua) tertentu.

Mereka sedang dan telah mengelirukan DAP dan orang ramai terhadap penubuhan HUDUD. Sebenarnya HUDUD hanya peribadi ISLAM PAS/PKR, tetapi mereka menterjemahkan kepada DAP bahawa PAS/PKR penubuhan negara ISLAM dan memaksa badan PR ikut HUDUD. 

Mereka sedang dan telah membuang masa dan mengelirukan masyarakat supaya tidak sokong PAS/PKR, sedangkan PAS benar benar mahukan HUDUD ALLAH terhadap umat ISLAM. ( DAP memanglah bukan ISLAM ) 

Masaalah utama ialah PKR sendiri keliru akibat terdiri dari angota pemimpin yang berbagai ilmu bercampur sekular menyebabkan dasar ISLAM tidak amat ditekankan iaitu HUDUD. Sekiranya benar patuh untuk ISLAM bergabung dengan PAS, tentunya setiap ahli dapat menjelas dan memahamkan masyrakat tentang HUDUD setiap masa. Ia ialah dari ALLAH yang tetap berhubungkait dengan tujuan memilih Parti.

1. ISTILAH " NEGARA" ISLAM menakutkan DAP bahawa perlembagaan negara ditukar menjadi HUDUD dan mengena ke atas orang bukan ISLAM





Negara ISLAM ( Sultan Brunei ) melaksanakan untuk umum kerana tiada Parti, ia samalah Saudi Arabia Makkah. :
http://www.youtube.com/watch?v=umfzoOptSUU


1. Masyarakat ISLAM  keliru terhadap pentingnya HUDUD menyebabkan Non-Muslim tidak  faham konsep perlaksanaan hudud serta keadilan mengenai hukum jenayah Islam.

MUSLIM

Umat ISLAM wajib menerima perlaksanaan Hukum ALLAH sebagaimana surah ALBAQARAH : 229 :



" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum  ALLAH  maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Hudud merupakan kewajipan ke atas umat Islam dan menjadi tanggungjawab wajib bagi PEMERINTAH ISLAM melaksanakannya


Sebarang bentuk kepercayaan, perbuatan serta percakapan yang menghina dan mempersenda HUDUD yang merupakan hukum ALLAH boleh menyebabkan terkeluar daripada agama.

1. kufur besar  keluar daripada agama 
2. kufur kecil yang tidak menyebabkan sehingga terkeluar tetapi berdosa besar iaitu tergolongan dalam kalangan zalim dan fasik
(  ayat ke-44, 45 dan 47 dalam Surah Al-Maidah )


Mahkamah Syariah wajib melaksanakan HUKUM ALLAH sepenuhnya dan tidak terbatas.


NON MUSLIM

ISLAM tidak memaksa NON  MUSLIM memeluk agama ISLAM, dari itu HUKUM ISLAM pun tidak boleh dipaksa keatas NON MUSLIM. Ia menimbulkan situasi kejam atau memaksa.
 Surah Al-Maidah: 42 menjelaskan mengenai kebaikan dan ketelusan ISLAM terhadap non-Muslim dalam menjalani hukuman jenayah Islam atau tidak.


Sebuah Negara ISLAM seperti Saudi / Brunei tidak ada Parti Parti NonISLAM/NonMuslim Perlembagaan Negara boleh ditetapkan secara umum hudud, bukan seperti Malaysia ada banyak Parti NonMuslim tidak seperti Saudi dan Brunei, walaupun kuasa YDP Agung.

Manakala DSTG Hadi Awang  mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak disebut negara ISLAM.

Ulama’ menyatakan bahawa jika non-Muslim dengan rela ingin mengikut perundangan Syariah sepenuhnya, maka bergantung kepada pemerintah untuk melaksanakannya atau menjatuhkan dengan hukuman selain Islam ke atas non-Muslim tersebut. 

Walaupun asalnya Malaysia terdiri dari majoriti umat ISLAM namun negara  telah dibentuk bersama oleh minoriti Non MUSLIM dengan menghormati hak hak mereka untuk penerimaan HUDUD.

Apabila HUDUD dilaksanakan, maaalah tidak berlaku lagi di dalam masyarakat kerana Non MUSLIM tidak dipaksa dan jika ujud golongan extremis beragama ISLAM pun tentu TIDAK dapat melakukan apa perubahan dari ketetapan berdasarkan siapa mereka ISLAM sendiri takut dihukum jika cukup saksi kesalahan.


CONTOH :
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedia menjadi orang tengah mewakili PAS untuk bertemu dan membincangkan mengenai hukum hudud dengan rakan sekutu mereka iaitu DAP.
Ketua DHPP Hu Pang Chaw berkata dewan itu tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan pemimpin DAP termasuk Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh bagi memperjelaskan hukum Islam itu yang menjadi polemik dalam pakatan pembangkang.
“Sebelum ini pun kita telah bertemu dengan kepimpinan MCA untuk memperjelaskan mengenai hukum itu,” katanya ketika ditemui pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.
Isu pelaksanaan hukum hudud kembali ‘panas’ apabila Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Harun Taib selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51, dua hari lepas dilaporkan berkata PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir negara.
Contoh:

Khilafah Uthmaniyah adalah sebuah Negara ISLAM bukan Parti sama seperti Saudi Arabia dan Brunei , tetapi Negara Malaysia Negara ISLAM demokrasi majmuk. Malasyia dibentuk oleh pelbagai Parti. Parti PAS , PKR dan DAP.
Dulu, UMNO, MCA, MIC dan BN

Khilafah Uthmaniyah menunjukkan bahawa terdapat 2 jenis mahkamah[4] iaitu mahkamah khas untuk umat Islam dan mahkamah yang diperuntukkan untuk non-Muslim. Hal ini menunjukkan ketegasan Islam bahawa umat Islam mesti menjalani hukuman mengikut syariat dan keterbukaan terhadap non-Muslim dalam menjalani hukuman mana yang mereka rela.


PERCANGAHAN PENDAPAT ANTARA DR.MAHATHIR DENGAN ULAMA PAS.

Tulisan dalam artikel ini mengenai penerangan bahawa perkataan hudud yang merujuk kpd kesalahan jenayah tidak disebut dalam AlQuran. Perkataan hudud yg disebut dalam AlQuran merujuk kpd perkara-perkara lain.
Adakah kenyataan ini salah ? tidak bukan ?



keadilan amat dituntut. Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang islam kerana ianya tidak adil. Undang-undang hudud PAS hanya dikenakan keatas orang islam sahaja maka disini timbul konflik keadilan dimana satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama akan menerima hukuman yang berbeza. Ini tidak melambangkan keadilan sedangkan ISLAM menitikberatkan keadilan.

ALASAN TUN DR. MAHATHIR :


Karpal tidak akan setuju - Tun M

bm.malaysia-chronicle.com/index.php?...ka... - Translate this pageShare
11 Ogos 2012 – "Dia (Karpal) tidak setuju dengan hudud itu soal lain, yang Karpal taksetuju 'Over my dead body' kalau nak jadikan Malaysia negara Islam ala ...


1) Tun Dr. Mahathir berkata bahawa dalam Al-Quran tidak disebut hukuman hudud terhadap jenayah-jenayah tersebut secara literal.

Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang islam
tahun 1993 apabila menjawab surat Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Pada masa itu lagi Tun Dr. Mahathir telah membangkitkan konsep keadilan ini dan mengapa undang-undang hudud PAS tidak berketepatan dengan 
perinsip keadilan dalam Islam.

BANYAKNYA  RIBUAN JAWAPAN PENYOKONG HUDUD ISLAM DIBERIKAN KEPADA BLOGGER UMNO 

/DR.MAHATHIR DAN DATO' SERI NAJIB, CONTOHNYA :

Anonymous said...
Allah anugerahkn kpd manusia iaitu sebagai khalifah di bumi.(Sila rujuk surah al-Isra':70 surah al-Baqarah:30 al-An'am:165 Hud:61)



TETAPI UMNO DEGIL DAN BERALASAN :



Penghormatan kepada manusia sebagai khalifah
Saya cuma petik satu hadith yg diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa suatu ketika Umar r.a. berucap dan beliau berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad dengan kebenaran dan telah menurunkan al-Kitab. Antara yg telah diturunkan oleh Allah ialah ayat rejam. Kami baca, kami pelihara dan kami faham. Apabila Rasulullah saw merejam, kami juga akan merejam selepas ketiadaannya. Namun saya bimbang setelah berlalu masa, akan ada yang berkata: "KAMI TIDAK JUMPA AYAT REJAM DALAM KITAB ALLAH." Ini akan menyebabkan mereka sesat kerana meninggalkan kewajipan yang telah Allah turunkan. Rejam telah dinyatakan dalam kitab Allah bagi lelaki dan perempuan muhsan yang berzina, sekiranya ada bukti atau kehamilan atau pengakuan.
Kalau rasa ragu2 dgn hadith yg saya bawakan ni, tuan2 sekalian bolehlah rujuk KITAB FIQH MANHAJI MAZHAB SYAFIE JILID bagi Bahasa Arab dan Terjemahannya dalam JILID 8 muka surat 1833.
Pada muka surat seterusnya pula ada dinyatakan ayat rejam yg dinasakh tu. Melalui hadith tersebut, kita boleh dapati bahawa ayat rejam tersebut memang dinasakh atau dimansuh PEMBACAANNYA, namun HUKUMNYA TIDAK DIMANSUHKAN. Utk mengetahui lebih lanjut bolehlah rujuk kitab yg saya telah nyatakan tadi supaya kita lebih berilmu daripada membuat kenyataan yg tak tentu hala. Apa yg Umar r.a. takutkan itu telah terjadi rupanya di Tanah Melayu..insan yg bernama pemimpin itu patut malu sbb rakyat yg miskin faqir seperti saya ini tahu dahulu sebelum sepatutnya beliau lebih mengetahui kerana beliau seorang pemimpin yg telah ditakdirkan oleh Allah..

wallahua'lam..










Anonymous said...

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah rekaan Ahli fekah..







2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
Anonymous said...
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.

3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)


ALASAN PARTI KERAJAAN ( UMNO )

a) Mahukan HUDUD tetapi tak sesuai dengan masyarakat dan keadaan semasa. 

b) DAP ( Karpal ) menolak HUDUD

b) MCA takut kehilangan pendapatan ( ekonomi jatuh ) di masa hadapan.

JAWAPAN :

a )  Dari  drmaza.com/home/?p=1617  dah cukup menerangkan penyesuaian had had hukum HUDUD mengikut keadaan semasa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.sebagai panduan.

b ) Karpal telahpun menerima kenyataan yang ia cuma tak mahu HUDUD dilaksanakan ke atas agamanya iaitu NON ISLAM  sahaja ( pertemuannya dengan TGHA baru baru ini )

c )  MCA CSL(Chua Soi Lek telahpun diberitahu HUDUD ialah hak hak untuk orang ISLAM sahaja dan tidak perlu risau tentang persekitaran NON MUSLIM. Ekonomi akan bertambah maju kerana tiada lagi rasuah dan penipuan berlaku dikalangan orang orang ISLAM sendiri.
 Melalui twitter,pihak CSL memahami keadaan tersebut.



"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang menghairankan.

Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam"



Punca NONMUSLIM keliru istilah Negara ISLAM HUDUD :


 : " Salam solat Zohor  ,perlu dpt maklumat jelas ttg HUDUD NONMUSLIM tak diterangkan         drmaza.com/home/?p=1617   ok. "

Dr.MAZA tidak menyatakan bahawa HUDUD hanya dilaksanakan ke atas orang ISLAM dan tidak memaksa ke atas orang bukan ISLAM.

BLOG , AKHBAR dan MEDIA  pun tidak beritahu  hal bahawa DAP Karpal HANYA tidak setuju HUDUD diwajibkan/laksanakan se atas NONMUSLIM SAHAJA, seolah olah mengelirukan masyarakat menyokong PR untuk PAS/DAP melaksanakan HUDUD ALLAH secara peribadi.


  hang ada bukti ka janda gila?” cantiknya bahasa. Alhamdullillah..
 : )  dan  , perjuangan politik membenarkan kita tegakkan ISLAM ig benar, klau kelulut , kelulutlah.

   btoi.mcm PAs la bw islam x btoi.kfirkn org dgn sk hti.ni kpiaq singh dh sergah HAdi awt diam
 +ALLAH:   tauPAS btul daftarlah ahli PAS spya  bsama HUDUD Xwajib pd kafir/nonMUSLIM.

Jawapan :

TERBARU :

1.  DAP, pada 19-12-2012 03:12 

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh mempertahankan tindakan Kongres Penyokong PAS Nasional membela hak orang bukan Islam di Kelantan.
Katanya, Exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan seharusnya menerima pandangan pengerusi kongres Hu Pang Chaw secara terbuka. 
"Apa yang mereka (kongres) buat adalah betul. Mereka mempertahankan hak bukan Islam. DAP juga, telah mempertahankan bukan Islam.
"Ia adalah tanggungjawab kongres untuk keluar dan mempertahankan apabila hak orang Islam dilanggar," kata beliau semalam.
Karpal (DAP) mengulas laporan yang memetik Takiyuddin mendakwa Hu mempunyai 'niat buruk' dengan membawa perkara tersebut kepada media bersabit tindakan yang dikenakan terhadap orang bukan Islam yang melakukan perbuatan kurang sopan.
 kesimpulan :

"KARPAL tidak setuju HUDUD (takut) dikenakan ke atas orang bukan ISLAM sahaja "



2.  MCA kedah : 

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata,

rasionalnya mudah,hudud tidak melibatkan 

orang bukan Islam.

http://www.sinarharian.com.my/politik/mca-kedah-setuju-hudud-1.77921

3.   Chua Soi Lek: 

Jamil needs to do homework on hudud first because Jamil said ; " PAS' brand of hudud would have no  effect on non-Muslims."


Dr Chua berkata bahawa beliau tidak akan memohon 
maaf kepada sekumpulan ahli Pemuda PAS yang telah mengadakan bantahan di Wisma MCA di atas kenyataan beliau mengenaihudud.

                  kesimpulan :


CSL : no  effect on non-Muslims , mereka punya hak peribadi agama.


Soal ekonomi lain cerita. Hak orang Muslim laksana untuk peribadi Muslim tidak ke atas Non Muslim. Jika ia mengancam ekonomi nonMuslim, tidak perlulah orang nonMuslim laksana apa saja hal hal keagamaan mereka.




http://chewal.blogspot.com/2012/03/hukum-hudud-tidak-disebut-dalam-al.html

Banyaknya beribu ribu comment dari PR untuk menyedarkan UMNO supaya menerima ISLAM di antaranya:Terdapat 77 comments, cuma disiarkan sdikit saja dari 1 blog :


Imam Syafie pernah berkata: "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu"



SURUHAN MEMOTONG TANGAN ORANG YANG MENCURI [al maidah Ayat : 38]


Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.






SURUHAN MENGHUKUM WANITA DAN LELAKI BERZINA DENGAN 100 SEBATAN
[AN NUR Ayat : 2]
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.

SURUHAN AGAR JANGAN SUKA MEMFITNAH PADA WANITA YANG BAIK
[AN NUR Ayat : 4]Dan orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik.Kecuali orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

SURUHAN AGAR MENGADAKAN SAKSI2 JIKA ISTERI DITUDUH BERZINA SERTA TATACARANYA
[AN NUR Ayat : 6-9]Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar.
Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.
Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang berdusta;Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar.
Bukti Hukum Hudud Dalam Al-Quran.











[Al-Maidah:38] ,
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[Al-Baqarah:229]
تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُون...
.... Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim.

[Al-Baqarah:179]
وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

Surah Al-Maidah telah menerangkan benda tu... kalau taknak percaya maksudnya anda telah meolak hukuman dari Allah dan sudah tidak mempercayai surah Al-Quran.
BLOGGER UMNO DAN AHLI UMNO


BLOGGER berikut tidak memahami hubungan DAP dengan PAS/PKR bahawa HUDUD hanya dilaksanakan oleh PAS/PKR hanya berdasarkan ISLAM bukan NEGARA ISLAM yang ditakuti NON MUSLIM kena HUDUD :

  1. Allah menggerakkan Karpal Singh supaya tidak setuju Hudud

    pengundisetiasungairapat.blogspot.com/.../a... - Translate this pageShare
    5 Ogos 2012 – Malah di sebalik dakwaan pemimpin Pas kononnya DAP kini menerima baik hukum hududKarpal dengan lantang menegaskan DAP kekal ...
  2. akhirnya karpal singh setuju hudud dilaksanakan - Desperado

    busuk.org/ping/view/275825 - Translate this page
    KUALA LUMPUR - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud. Beliau ...
  3. JAWA BERNAM: DEDAH BERAPI!! KARPAL TAK PERNAH SETUJU ...

    jawaber6.blogspot.com/.../dedah-berapi-kar... - Translate this page
    21 Jul 2012 – Bila masa Karpal Sink setuju dengan cadangan PAS untuk membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Malaysia? Tolong bagitau ...
  4. Whats Up Braders..: Karpal Hilang Prinsip : Setuju Bincang Hudud

    wubra.blogspot.com/.../karpal-hilang-prinsi... - Translate this page
    20 Jul 2012 – Karpal Hilang Prinsip : Setuju Bincang Hudud. Satu pembongkaran yang telus oleh Nasrudin, ketua pemuda PAS semasa debat PRU13.
  5. Lantak HANGPA la...: Nik Aziz SETUJU Karpal bising pasal hudud!!

    usezworkshop.blogspot.com/.../nik-aziz-set... - Translate this page
    nik aziz,karpla singh,hudud,pas,dap, jangan sampai mencaci,politik, sinar, Sinar Harian,
  6. 1 MALAYSIA: "Minta Maaf! DAP Tak Pernah Beri Kata Setuju Hudud ...

    siemens-melayumaju.blogspot.com/.../minta... - Translate this page
    17 Nov 2012 – DAP Tak Pernah Beri Kata Setuju Hudud" - Karpal. KUALA LUMPUR: DAP pada Jumaat menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan ...



    CONTOH :
http://www.blogger.com/profile/02308515433569641684

" Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan."

Jawapan saya:: 

Benar kasihkan tanahair, tetapi,  bangsa melayu dan ISLAM   apalah guna semua nama melayu dan ISLAM jika hukum HUDUD ALLAH tak mahu ditunaikan. Hanya satu saja cara mudah diberikan ALLAH iaitu tunaikan HUDUD sahaja. Tammatlah cerita. PAS mahu laksana ke UMNO mahu? Dilihat dari dulu thn 90an lagi PAS mahu laksanakan. Usah kelirukan lagi keadaan, sepatutnya bersama betulkan draft rangka undang undang tersebut untuk ALLAH,bukan menentangnya,sedangkan orang NON MUSLIM setuju.

Apabila dah siap draft bersama, bolehlah digunapakai oleh parti mana2 pun. Itu baru jalan sebenar benarnya. Bukan corner macam Dr.M, diharap beliau menerima kenyataan corner walau tidak sengaja dan kembali menuju  jalan mustaqim.


MASAALAH KELEWATAN / LEMBAB PERLAKSANAAN /TIDAK DILAKSANAKAN DI KELANTAN :


Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.
Tambah beliau lagi, bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.

"Bagi perlaksanaan hukum ini, pihak kami sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan kerajaan Kelantan sahaja dan ia bukannya mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kerana pesalah atau yang dituduh perlu melalui beberapa proses seperti saksi yang cukup dan sebagainya,” katanya di dewan Teratai Kompleks Darulnaim

Jawapan :

Sepatutnya HUDUD telahpun dilaksanakan secepat mungkin tanpa tangguh tangguh lagi tetapi 

Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan terbarunya berkenaan isu hudud di hadapan kira-kira 160 bloggers di Grand Season Hotel Kuala Lumpur [Malaysiakini] Bukan tak mahu laksana, cuma sebab bimbang UMNO campur tangan
.

http://www.malaysiakini.com/news/153541


KESIMPULAN :


1. HUDUD hanya dapat dilaksanakan apabila Parti pembangkang mentadbir negara, kerana Parti pemerintah UMNO tidak mampu menerima kenyataan bahawa PR cuma gabungan NON MUSLIM dan MUSLIM. MUSLIM laksanakan HUDUD hanya ke atas MUSLIM sahaja.
Malaysia tidak menjalankan HUDUD secara keseluruhan sebagai NEGARA ISLAM seperti Negara lain.

2. Usah dipercayai lagi hasutan untuk menolak HUDUD ALLAH. Penghasur yang menentang hukum ALLAH dalam seluruh media berkemungkinan terdiri dari kalangan yang takut kepada hukum ALLAH dan diupah oleh ketua-ketua dengan wang dan janji-janji. Mereka tidak sedar kelebihan ISLAM memuliakan mereka lebih dari ketua ketua mereka. Siapa mereka agaknya?

( kemungkinan besar ) Jawapan : "GAY" dan pengkhianat
hukum had had (hudud) ISLAM sebenar.   


Sekian , terima kasih. 

@PoknikP @OrangKelantan @MEN_PARTY_ISLAM  @KamiSokongISLAM  @AN_NISA_4_1 @LELAKI_PAS @SOKONG_HUDUD 

Email :tracuba@yahoo.com

20/12/2012

HUKUM HUKUM HAD DARI ALLAH


SETIAP KESALAHAN DIHURAIKAN OLEH BERIKUT SEBAGAI AWAPAN: (Bacalah sendiri sebagai manusia yang boleh membaca dan berfikir . 




HUKUM JENAYAH ISLAM
 

 1.     Pengertian Jenayah.

        Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.

 2.   Falsafah Jenayah.

Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.

  

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM


 Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;


(a)  Hukum Hudud
(b)  Hukum Qisas

(c)  Hukum Ta’zir

 


A.  HUKUM HUDUD


 1.      Pengertian Hudud;

 (a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
 Maksudnya;
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (229)
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” Surah al-Baqarah.
 2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
 
      Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh 
( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.
  

B. HUKUM QISAS


1. Pengertian qisas;
(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.

2.   Jenis jenayah qisas;
      Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
 3.   Hukuman terhadap kesalahan qisas;
       Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
 Maksudnya;
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”             (Surah al-Maidah ayat 45)

Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar Diat

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
                     a) wang emas = 1000 dinar
                     b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
                     c) lembu            = 200 ekor
                     d) kambing      = 2000 ekor
                     e) Persalinan   = 200 persalinan lengkap
a. Diat jenayah membunuh.
1.  Pembunuhan sengaja -  100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
                     a)   30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
                     b)   30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
                      c)   40 ekor Hulqah 
# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diatDiat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
                   a) 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
                   b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
                   c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
                   d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
                   e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)

# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahajaQishas tidak dikenakan.
       * Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
       * Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
       
Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan  telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4  bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

 C. HUKUM TA’ZIR

       1. Pengertian ta’zir.
      (a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
 2.      Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
      (a)     Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atauqisas.
(b)     Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c)      Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

      3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.
             (a)  Nasihat;
              Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
 (b)  Teguran;
                Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
 (c)   Ancaman;
               Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
 (d) Pemulauan;
               Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
 (e)  Perisytiharan umum;
              Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
            (f)  Denda dan merampas harta;
                   Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.
            (g)  Penjara;
                   Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut   pertimbangan realiti smasa.
          (h)  Sebat;
                   Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti            semasa.
           (i)   Bunuh;
                  Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
          (j)   Buang daerah;
                 Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Matlamat  Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir

       (a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
 (b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
      (c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
 
 
Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat
      (a)   Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh
                dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
(b)  Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.
(c)   Hukuman jenayah Islam men­gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.
  
Sekian, terima kasih memahaminya. Semoga ALLAH memberikan taufiq dan Hidayah kepada semua orang ISLAM tahu beratna hukum ALLAH bagi menghalang keahatan tangan manusia.

LIHAT BAGAIMANA MEREKA MEMUSUHI UMAT ISLAM UNTUK MEMBENTUK ISLAM DAN HUKUM HUDUD,

http://www.facebook.com/akaldanfikiran/posts/4010046100311

Sekian, ,terima kasih.

Dari saya pemilik blog ini: Nik Mohammad Rofi 
30/12/2012


Terkini  : 6/4/2013 




Artis ,ISLAM ,Politik dan Negara amat berbeza dengan lain lain bidang. Walaupun ulama' atau orang politik sendidri. Bidang artis dan media pun memiliki  unsur unsur kehidupan berbeza. Kesimpulannya, hanya ISLAM menyatukan semua tetapi dengan had yang amat penting. Cth. negara Malaysia berbeza dengan Indonesia.